Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Tuesday, September 25, 2012

Purdah : Fesyen atau Tuntutan Agama ?




Assalamualaikum....

Sekarang ni, purdah dan niqab bukanlah menjadi sesuatu yang pelik kerana makin ramai Muslimah di Malaysia yang sudah mula memakai niqab dan purdah. Namun ada juga yangmenganggap memakai purdah dan niqab ni satu perbuatan pelik. Ada juga yang menganggap sesat sebab maybe diorang fikir purdah ni benda haram kot. Actually, purdah ni sunnah. Kebanyakan wanita Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. memakai purdah demi keselamatan mereka sendiri. Ada juga yang pakai masa pergi berperang masa zaman Rasulullah S.A.W. Isteri-isteri Rasulullah pun dikatakan memakai niqab demi keselamatan mereka. So, konklusinya, niqab/purdah ni sunnah . Apa yang aku nak terangkan sekarang ni adalah beberapa kesalahan ketika memakai purdah. Benda ni dah jadi isu besar kat sekolah aku sebab salah konsep tentang purdah. Jom kita baca :)

1. Memakai purdah kerana ingin kelihatan cantik

Ni dah salah. Sepatutnya niat kita kena ikhlas nak lindungi diri dari ancaman ataupun nak melakukan salah sau perkara sunnah. Kalau kita niat nak pakai sebab nak nampak cantik, kita takkan dapat pahala sunnah tu.

2. Memakai purdah bersama tudung yang pendek

Ni lagi la bermasalah. Mana boleh sayang. Kena pakai dengan tudung yang menutupi dada, melepasi bahu dan menutup belakang badan so maknanya kena pakai tudung labuh. Kalau pakai tudung pendek, bahagian lain tu mesti tak tutup kan ? Pakai pashmina pun boleh la buat jadi labuh. Takde alasan. Beli je pashmina besar kat kedai banyak yang jual RM 15. Kalau kita boleh habiskan duit beli baju tak cukup kain yang mahal tu boleh, kenapa kita tak boleh nak beli tudung labuh ? Bukannya mahal pun. Beli tudung bidang 50 kat Masjid Jamek paling murah RM 18. Bidang 60 paling mahal RM 30. Kalau tudung labuh macam tudung budak sekolah agama tu kalau beli online biasanya RM20 camtu. Murah je kan ? Lagipun pakai tudung pendek dengan purdah kita nak tunjukkan apa sebenarnya ? Motif ? Orang lagi pandang serong adalah.

3. Memakai purdah dengan memakai baju atau jubah yang betul-betul mengkikut bentuk badan.

Ni bukan sahaja salah malah berdosa sebab kalau pakai baju, haram kalau mengikut bentuk tubuh badan kita. Lelaki yang tengok pun boleh fikir yang bukan-bukan. Fikiran lelaki ni pelik tau. Walaupun dah tutup xamne pun diorang masih boleh fikir yang bukan-bukan. Dah fitrah diorang Allah S.W.T. jadikan nak buat camne. Kalau kena rogol ke, gangguan seksual ke jangan salahkan lelaki sahaja tapi salahkan diri sendiri jugak sebab pakai baju tak ikut syariat. Ni dah pakai purdah pakai jubah yang berpesak kat pinggang tu. Tak boleh. Kalau dah nampak bentuk badan tu jatuh haram hukumnya.

4. Memakai purdah dengan memakai hiasan mata yang tebal.

Yang ni memang banyak dah aku jumpa. Pergi la mana-mana pun memang ada punyalah. Ada gak pengasas produk kecantikan yang namanya dirahsiakan pakai camni. Kes ni pun dah kecoh kat sekolah aku disebabkan diorang tak faham konsep ni. Kita pakai purdah untuk melaksanakan salah satu sunnah dan untuk melindungi diri bukannya untuk berfesyen. Bila niat nak berfesyen sama ada hukumnya jadi makruh atau haram tu je. Kalau pakai purdah, boleh je kalau nak pakai celak tapi elakkan pakai celak dengan tebal. Same goes to eye shadow. Elakkan memakai pembayang mata kerana ia masih dapat menarik perhatian lelaki. Bayangkan, perempuan Arab yang pakai purdah tu yang tak pakai celak ke eyeshadow ke kalau g mana-mana lelaki still nak ikut , so kita ni pulak ? Pakai camni pun masih boleh mendatangkan fitnah. Kalau dah datangkan fitnah, lebih baik jangan pakai. Jangan disebabkan kita, orang lain dapat dosa fitnah kita walaupun tu mulut diorang. Puncanya siapa ? Fikir-fikirkan.

5. Memakai purdah tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna

Pakai purdah, tapi tangan tak tutup sampai pergelangan tangan, kaki tak pakai stoking, kain jarang sampai nampak bentuk kaki, tudung pendek sampai nampak dada. Tu memang tak boleh. Sempurnakan yang mana yang tak sempurna lagi ni baru la nak pakai purdah. Sebelum nak pakai, kita kena beristiqamah dulu. Tetapkan niat kita. Pastikan niat kita ikhlas nak beribadah kepada Allah .S.W.T. barulah boleh dapat pahala.

6. Memakai purdah tetapi mencarut , memaki orang dan tunjukkan simbol lucah

Jeng jeng jeng.... Ni yang banyak orang mengadu kat aku. Bila kita berhijrah ke arah kebaikan , pastikan kita hijrah segalanya. Maksudnya, kalau diri berhijrah nak tutup aurat, kita mesti hijrahkan dengan hati, perbuatan, percakapan dan pergaulan. Kalau sebelum ni kita suka mencarut, suka tunjuk jari tengah tu, maki-maki orang, marah-marah tak tentu pasal, hentikan semua tu. Kita pakai sebab nak beribadah pada Allah kan ? Kita mesti tak nak Allah marah kan ? Jadi berubahlah. Perempuan yang boleh menjaga segalanya tentang dirinya yang berkaitan dengan Islam, taat kepada orang tuanya dan suaminya akan masuk syurga dengan mudah. Kita nak masuk syurga kan ? Jadi buat semua tu. Tolong , tolong dan tolong berubahlah duhai niqabis yang pakai purdah then mencarut tak tentu pasal dan berperangai buruk. Jangan burukkan nama Islam disebabkan tingkah laku kita. Jangan burukkan nama niqabis yang lain dengan kelakuanmu.

7. Memakai purdah tak kena tempat.

Tak kena tempat ? Macam mana tu eh ? Contohnya, pergi jamuan sekolah. Sebut je tentang sekolah, kita boleh bayangkan pelajar-pelajarnya yang sebahagiannya bermasalah n nak mengumpat je tau. Ni fakta tau. Kalau kita tengok jamuan tu yang pergi majoritinya tak berapa nak suka dengan orang yang pakai purdah, lebih baik jangan pakai. Nanti kena fitnah. Tak pun, pergi majlis mana-mana yang tak kena pastu pakai. Contohnya majlis yang ada minuman keras dan makanan yang tak halal. Pastu g majlis tu pakai purdah. Tak ke pelik ? Nanti bila kita keluar dari majlis tu, then orang sekeliling pandang kita. Mesti diorang fikir lain kan ? So sendiri fikirlah. Tak pun g kelab malam . Fikir logiklah tempat mana yang boleh dan tak boleh.

8. Pakai purdah sebab nak tarik perhatian lelaki ?????

Apa kes ni beb ? Kalau nak tarik perhatian lelaki hukumnya jadi haram terus ! Kita nak beribadah pada Allah ke kita nak gunakan untuk maksiat ? Jangan risaulah, jodoh tak kemana. Semua orang ada jodoh masing-masing. Jangan risau kay ?


Aku rasa ni je kot kesalahan-kesalahan dalam nak berpurdah. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Bagi korang yang nak tau etika berpurdah, korang boleh klik link my ohsem kakak, Kak Ashura. Klik kat SINI. Okaylah sampai sini je. Maafkan saya ye kalau terkasar bahasa. Niat cuma nak kongsi ilmu je . Kalau ada yang terasa, maaf la ye. Kita kena saling tegur-menegur kan ? hihi :3 Assalamualaikum :)


p/s : pendapat ja.. maaf jika ada khilaf. tegur dengan baik, mungkin ? :D


Tuesday, August 14, 2012

Pementasan Israk Mikraj : Pengarahan Bersama Azim Manaf, Asmaa', Nazila, Adam Putra dan Muazzam :)

Assalamualaikum saudara dan saudari :)

14 Jun 2012 haritu bersamaan hari Khamis, Panitia Pendidikan Islam SMK Pandan Jaya ada buat pementasan Israk Mikraj. Skrip asal ditulis oleh saya,dan teknik grafik oleh kawan-kawan saya yang dah mention kat tajuk entry ni. 

Dalam pementasan ni ada 4 babak lakonan iaitu babak pertama mengisahkan tentang keadaan orang yang beriman dan orang yang lalai, babak kedua mengisahkan tentang sepasang kekasih gay yang marah apabila ditegur oleh seorang pemuda, babak ketiga mengisahkan tentang godaan syaitan terhadap orang yang mengerjakan amal soleh dan babak keempat ialah babak seorang perempuan tua yang digambarkan sebagai dunia oleh Rasulullah S.A.W. . Yang babak keempat tu, yang jadi perempuan tua tapi nampak muda tu saya yang lakonkan hehe.. Sakit tekak terpaksa cakap kuat-kuat disebabkan budak-budak PA Sistem dah bawak lari mikrofon ==''

Kemudian ada slot sajak yang dideklamasikan oleh saya, adik Fatihah dan Sheikh Mohammad. Sajak tersebut berkaitan dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ada bahagian dalam sajak tu yang diorang kena lakonkan watak tengah solat jenazah. Luqman Hosni yang berlakon jadi jenazah. Dia kena kafankan apa sume agak menyeramkan la.. Saya deklamasikan sajak tu dengan penuh syahdu sampai menangis sajak tu sedih sangat. Ramai gak yang menangis termasuk pengetua.. Nampak tak permainan disitu hehe..





"Maha suci ( Allah ) , yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Muhammad ) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat " ( Surah Al-Isra' , Ayat 1 )

Wednesday, August 8, 2012

Buat hati yang bersedih dan berduka....



Kawan..
Apalah yang kau kesalkan
Kerna Tuhan kau kehilangan kawan
kerna kebenaran dihina

Kawan...
Apalah yang disedihkan hati
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Lihatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa dan menderita
Mereka memadai dengan TuhanNya
Itulah kebahagiaan, sewaktu sepi seorang diri

Kawan..
Apalah yang disedihkan hati
Mereka bahagia didalam derita
Mereka kaya didalam papa

Syukran jiddan Ustazah Asiah :')

Thursday, June 21, 2012

Cabaran Untuk Menjadi Muslimah Sejati

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog ni..dah bersawang agaknye kalau kat dunia realiti. hehe. semua post yang mengarut sebelum ni aku dah delete , sebab post tu menunjukkan yang aku tak matang langsung. masuk tahun 2012 ni, aku ada azam baru *dah 6 bulan masuk 2012* azam baru tu adalah berazam untuk menjadi lebih baik dan solehah. banyak dugaan yang datang tak henti-henti. banyak sangat. kadang-kadang tu rasa macam nak stop dan jadi macam dulu tapi atas nasihat Ustazah Surianiah , takpelah just teruskan je..

Aku start dengan memakai sarung tangan n sarung kaki setiap kali keluar n bila dah start biasa, aku cuba pakai tudung labuh. dorongan daripada Kak Asyura a.k.a Sis Ai yang bagi sokongan , aku try la pakai. first time pakai tu memang rasa rimas gila but then mula rasa selesa n rasa selamat. yelah, selamat daripada pandangan lelaki yang tajam tu. then , bila dah biasa, setiap hari pakai tudung labuh menutup dada walau kemana juga aku pergi. ramai kawan-kawan kutuk sebab diorang kata hipokrit apa bagai. bukan nak hipokrit tapi ni merupakan suatu perubahan untuk menjadi lebih baik. ye aku tau la sebelum ni aku memang agak kasar tapi tengah cuba berubah la ni :'(

Dear bloggers,

doakan agar aku berjaya menjadi seorang muslimah , n dapat mengubah diri aku daripada kurang kepada yang lebih baik. Syukran. okaylah. Assalamualaikum :)