Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Thursday, June 21, 2012

Cabaran Untuk Menjadi Muslimah Sejati

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog ni..dah bersawang agaknye kalau kat dunia realiti. hehe. semua post yang mengarut sebelum ni aku dah delete , sebab post tu menunjukkan yang aku tak matang langsung. masuk tahun 2012 ni, aku ada azam baru *dah 6 bulan masuk 2012* azam baru tu adalah berazam untuk menjadi lebih baik dan solehah. banyak dugaan yang datang tak henti-henti. banyak sangat. kadang-kadang tu rasa macam nak stop dan jadi macam dulu tapi atas nasihat Ustazah Surianiah , takpelah just teruskan je..

Aku start dengan memakai sarung tangan n sarung kaki setiap kali keluar n bila dah start biasa, aku cuba pakai tudung labuh. dorongan daripada Kak Asyura a.k.a Sis Ai yang bagi sokongan , aku try la pakai. first time pakai tu memang rasa rimas gila but then mula rasa selesa n rasa selamat. yelah, selamat daripada pandangan lelaki yang tajam tu. then , bila dah biasa, setiap hari pakai tudung labuh menutup dada walau kemana juga aku pergi. ramai kawan-kawan kutuk sebab diorang kata hipokrit apa bagai. bukan nak hipokrit tapi ni merupakan suatu perubahan untuk menjadi lebih baik. ye aku tau la sebelum ni aku memang agak kasar tapi tengah cuba berubah la ni :'(

Dear bloggers,

doakan agar aku berjaya menjadi seorang muslimah , n dapat mengubah diri aku daripada kurang kepada yang lebih baik. Syukran. okaylah. Assalamualaikum :)