Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Saturday, April 13, 2013

PLKN Life :) #Sweet Memories




Assalamualaikum wbt...

PLKN Kumpulan 1 Siri 10 Tahun 2013, Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah memberikan banyak sangat kesan pada aku.. Sedih, gembira, marah, benci, seronok, sayang, terharu, kecewa semuanya ada.. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat join PLKN ni. Dan apa yang aku belajar sepanjang Program Latihan Khidmat Negara ni membuatkan aku berasa begitu bersemangat untuk mempertahankan negara yang tercinta ni, iaitu negara Malaysia :)

Aku bertolak ke Sabah pada 4 Januari 2013 dan pulang semula ke KL pada 16 Mac 2013.. Begitu cepat masa berlalu hinggakan aku tidak sedar ia berlalu dengan begitu pantas.. Aku betul-betul rindukan ahli kompeni aku, iaitu semua Wira dan Wirawati Kompeni Delta.. Kadang-kadang, bila teringat kat diorang, aku menangis sebab rindu sangat-sangat.. Mereka merupakan ahli kompeni yang paling owsem dan paling memahami.. 

Sepanjang berada di kem, banyak aktiviti yang telah dijalankan. Memang banyak lah. Pada mulanya, kami seramai 342 orang pelatih ni dibahagikan mengikut kompeni. Ada 4 kompeni. Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Lepas tu, hari diagihkan mengikut blok penginapan masing-masing. Pada mulanya, aku ditempatkan di Blok 7 bersama yang lain but then we moved to Blok 6.

PLKN ni sebenarnya, 80% kelas, 20% lagi aktiviti luar kelas. Ada 5 modul yang telah aku pelajari. Modul Pembinaan Karakter 1&2 , Modul Budaya Kerja, Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan Modul Kenegaraan. Modul-modul ni banyak mengajar remaja yang terpilih ni untuk membina keyakinan diri dan orang lain, kami belajar bagaimana untuk menjadi pekerja yang berkualiti, belajar untuk mempertahankan diri kami dan mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti seks bebas dan sebagainya, serta mengajar kami untuk mempunyai semangat cintakan tanah air. Dalam PLKN, kami tidak diajar LANGSUNG untuk menyokong mana-mana parti pun. Takde pun suruh sokong BN ke, PAS ke DAP ke apa ke memang takde. Kami cuma diajar untuk menghargai tanah air. Tengok, kalau kita tak hargai tanah air sendiri , habislah. Cuba kita renungkan peristiwa Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Tu adalah ujian yang Allah bagi kepada kita agar lebih menghargai tanah air sendiri dan tidak bertelagah sesama sendiri. Disebabkan politik, kita berpecah-belah, hukum situ hukum sini, buat tuduhan melulu, bercerai-berai dan macam-macam lagi lah.

Sepanjang kat Sabah juga, aku belajar kebudayaan kaum etnik di Sabah. Best jugak. Aku dah pandai laa cakap Sabah sikit. Bolehlah. Kawan-kawan pun bayak yang ajar. Aku sebenarnya tertarik nak belajar Bahasa Bajau. Tapi, tak sempat nak belajar. Sedih betul :( Aku belajar Tarian Sumazau n Tarian Daling-daling.. Tapi aku tak nak join kalau persembahan sebab tak manis orang tengok.. Cukup sekadar belajar menari dalam blok jelah kan :)

Semasa berada di kem, aku dilantik sebagai Ketua Kompeni Wirawati Delta. Pada mulanya, memang susah la nak bagi diorang bekerjasama, sebab diorang macam berpuak tau. Aku ni jenis yang tak suka berpuak-puak dan aku memang nak terapkan semangat 1 Malaysia dalam kompeni aku. Jadi bila dah berusaha tu, Alhamdulillah diorang bergabung = MELETUP ! hehe... 

Susah nak pupuk sikap kerjasama dalam kompeni.. Ada yang tak nak bagi kerjasama n degil pada mulanya, dan Alhamdulillah lama-lama takde dah. Aku takde banyak masalah dengan diorang. Diorang pun memahami aku ni yang kadang-kadang tak berapa nak betul sikit. Permainan Kreativiti, yang menguji kami dengan berbagai ujian pun Alhamdulillah kami boleh buat. Cuma ada laa certain things that we wasn't able to do so... Dan dianggap gagal laa misi tu. Masa pertandingan Sorak Tempur, Citra Puisi, Kawad Kaki, kami menang , JUARA laaa maksudnya. Dan kami menjadi Juara Keseluruhan a.k.a Kompeni Terbaik ! Usaha kami ni pun turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih kompeni, TKP, TKL dan Komandan Kem.. Mejar Anuar Al Shadat bin Abdul Rahman.. Nama yang akan memberi kesan yang amat dalam kepada semua pelatih Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah.. Terima kasih Tuan atas segala ilmu, nasihat dan segala kebaikan Tuan kepada kami !

Bestnya PLKN ni. Best tau. Dan aku nak bagitau, khabar angin yang mengatakan bahawa PLKN akan dilanjutkan selama 6 bulan tu khabar angin sebenarnya. Kiteorang yang Kumpulan 1 ni pun cuma 2 bulan 2 minggu je. Korang ni pun, apa salahnya kalau betul-betul buat 6 bulan pun ? Negara lain pun, National Service 2 Tahun tau ! Lagi teruk latihannya. Kita ni sepatutnya bersyukur tau. Ni tak, bila dapat keputusan kena masuk PLKN, mula la mengeluh la, kata kerajaan tak betul la, politik bagai la tu la ni la. Ni la kebanyakan remaja Malaysia zaman sekarang. Takde semangat patriotik ! Macam mana nak pertahankan kemerdekaan Malaysia kalau remaja sekarang pun dah merungut macam-macam. Bangkitlah wahai remaja dari fikiran negatif dan kolot. Bangkitlah !

Bagi Kompeni Delta , Ketua bagi Wirawati ialah aku, bagi lelaki pula iailah Abdul Rahman. Penolong, Nur Shafiqah @ Fifi dan Faiz Fakhruddin. Ketua Keseluruhan pula ialah Adriel Wong Tze Chuen. Diorang memang sporting n boleh diajak berbincang lah. Senang nak diajak berunding. Aku rasa bertuah sangat dapat kenal diorang. Kalau ada rezeki lagi InsyaAllah, boleh jumpa lagi.

Alhamdulillah, ukhwah fillah terjalin. Kat sana, aku ada 5 orang sahabat yang sangat baik dan banyak memberi ilmu, dorongan, sokongan dan macam-macam lagi untuk menjadi seorang Muslimah yang sejati. Siti Salwa, Fatimah Nur Syuhada'A , Safina , Siti Sofia dan Siti Maisharah. Boleh kata diorang ni macam sahabat usrah lah. Salwa, banyak tolong aku dalam tadarus. Mana yang aku baca tak betul, dia akan betulkan. Yang lain pula, akan bagi dorongan dan share apa-apa ilmu mengenai Islam. Dalam kami berenam, aku sorang je sekolah aliran biasa yang lain sekolah agama. Jadi, aku ambil kesempatan tu untuk belajar mengenai Islam dengan diorang. Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan diorang.. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku nak jumpa diorang lagi.

Kepada kawan-kawan seperjuangan di Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah, maafkan diriku andai aku tidak menjadi ketua kalian yang terbaik dan maafkan aku jika ada kesalahan yang dilakukan.. Semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke Jannah, InsyaAllah :) Jangan lupakan Kak Long ya !! :D



Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu..
Biru-biru Gunung Kinabalu,
Tengok dari jauh, hati saya rindu...

Kinabalu letak di Kundasang,
Banyak sayur boleh pilih-pilih..
Apa guna pergi luar negeri,
Naik Kinabalu, hati saya rindu..

Sumandak-sumandak pun lama menunggu,
Menari-nari lenggang sumayau..
Sekali melihat melepak kulitnya
Sayang, jatuh cinta..

Saya sayang, sayang Kinabalu..
Kaamatan pesta bulan lima..
Sayang-sayang kita pergi tamu,
Jalan Tamparuli, hati saya rindu..

Sayang Kinabalu :)