Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Tuesday, September 3, 2013

Rahim dan Wanita

Rahim. Penyayang.

Apa kaitan rahim dengan wanita ? Mengapa salah satu nama indah Allah mempunyai kaitan dengan wanita ?

Ar-Rahim, Allah Maha Penyayang.

Dalam tubuh seorang wanita, terdapat satu bahagian yang bernama rahim. Tempat bermulanya hidup seorang manusia, yang akhirnya membesar. Ya, kita lah manusia itu. Rahim merupakan harta yang sangat berharga bagi wanita, kerana rahimlah yang dapat mengeratkan kasih sayang antara manusia, yang menjadikan wanita itu penyayang dan mempunyai naluri keibuan. Memang tidak akan kita gambarkan kesedihan seseorang wanita yang terpaksa membuang rahimnya akibat ketumbuhan atau kanser, kerana rahimnya lah yang telah menjadi saksi bahawa dia telah mengandungkan cahaya mata kurniaan Allah, yang dapat menjadi penyeri rumahtangga, dan menjadi tali ikatan erat buat hubungan antara suami.

Bukan mudah untuk hidup sebagai seorang wanita, terutamanya hidup sebagai wanita pada akhir zaman ini. Wanita ditindas, diseksa, dirogol, dibunuh, dianiaya, dipandang rendah dan bermacam-macam lagi bentuk seksaan kepada wanita. Namun, adakah kamu sedar, bahawa wanita merupakan insan yang sangat berharga yang perlu kamu hormat, lindungi dan sayangi? Bagi kaum adam, apa tujuan sebenar kamu menikahi wanita ? Adakah kerana nafsu ? Adakah kerana kamu ingin melindungi dan mendidik wanita , ataupun sebaliknya ?

Dalam Surah An-Nisa' ayat yang ke 34, Allah S.W.T. berfirman :
" Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberi nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) .................... "

Betapa sayangnya Allah pada wanita, hinggakan Allah menurunkan perintah bahawa lelaki @ suami itu merupakan pelindung buat wanita. Beruntungnya jadi wanita ni. Wanita yang mematuhi perintah Allah, juga merupakan sebaik-baik wanita dan sebaik baik perhiasa di dunia adalah wanita solehah. Solehah yang bagaimana ? Solehahnya, dengan menjaga mata, hati, pertuturannya, ikhtilatnya, auratnya, solat, dan berpuasa ( inform kalau ada yang tertinggal ) .

Wahai kaum adam, hargailah wanita. Jangan jadikan wanita sebagai tempat kamu melempiaskan nafsu sahaja. Jadilah sebaik-baik pelindung. Hargailah wanita sebagaimana kamu menghargai ibu kamu. Susah payah ibu mengandung 9 bulan 10 hari, melahirkan kamu dalam keadaan yang sangat sakit, membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang dan sanggup berjorban apa sahaja untuk kamu. Hargailah mereka. Isteri kamu juga merupakan ibu kepada anak-anak kamu. Hargailah.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku hormati ?" Baginda menjawab, "Ibumu !" Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian siapa ?" Nabi SAW menjawab "Ibumu !" Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian siapa ?" Nabi SAW menjawab, "Ibumu !" Sekali lagi lelaki itu bertanya, "Kemudian siapa ? " Nabi SAW menjawab, " Bapamu ! !

Hadis Sohih, Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Hargailah wanita. Fikir semula, mengapa Allah cipta Hawa dari tulang rusuk paling atas, yang paling bengkok sewaktu Nabi Adam sedang tidur. Fikir semula, mengapa Allah jadikan wanita yang melahirkan manusia, bukannya lelaki.

Wallahu 'alam. Untuk perkongsian kita semua, InsyaAllah.

p/s : menghitung detik, 10 hari lagi. semoga Allah permudahkan segalanya, dan tabahkan hati dirinya dan diri kami. Semoga semuanya selamat. Rabbi yassir wala tu'assir. Aamiinn...

Bergaduh & bertengkar dengan ibu, bukan sebab nak derhaka, tapi nak menyakat. Bila je lagi kita boleh kacau ibu sendiri kan ? Bukan selalu boleh berdebat dengan ibu. Hihi.. Hobi :3