Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Sunday, October 5, 2014

Nikah Mut'ah , Mengikut Perspektif Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


Cik Orkid ingat lagi, kucing ni pun ikut dengar kuliah masa kami mengaji kitab di Masjid Al-Mursyidin, UPSI bulan Jun lepas. Haiwan pun nak sertai majlis ilmu ^_^


Assalamualaikum wbt buat pembaca blog Cik Orkid yang tersayang.

Dah lama Cik Orkid tak menulis, kan ? Maklumlah, sekarang agak sibuk, dengan tugas baru~
Okaylah, dah lama Cik Orkid simpan artikel ini. Kali ini, Cik Orkid nak share dengan semua. Ilmu baru untuk yang baru tahu, dan untuk mengingatkan kita, apa itu nikah Mut'ah yang semakin galak mutakhir ini.

Moga bermanfaat, insyaAllah :)

Wallahu a'lam.

**********************************************************************************

Fiqh Munakahat : Ustaz Badli Shah Alauddin.
Solusi ke-55, Mei 2013, mukasurat 76-77.

Bernikah dengan niat talak bermaksud apabila seseorang bernikah, dia sudah berniat untuk menceraikan isterinya selepas tempoh tertentu pernikahan berlangsung.
Dalam kalangan para pelajar warga asing yang belajar di luar negara, ada yang melangsungkan pernikahan untuk satu tempoh tertentu, sebulan, setahun, atau sehingga selesai pengajian.
Inilah yang dipanggil sebagai nikah kontrak atau nikah mut’ah. Hukumnya adalah haram.

Hakikat Mut’ah.
Dari segi bahasa, perkataan mut’ah berasal daripada kalimat tamattu’ yang bermaksud ‘bersenang-lenang’ atau ‘menikmati’ . Menurut istilah, nikah mut’ah adalah bentuk perjanjian yang dibataskan oleh perjanjian waktu dan upah tertentu tanpa mengambil kira persoalan wali dan saksi.
Selepas tamat tempoh (kontrak) , maka berlakulah penceraian. Persoalan hukum penceraian dan warisan tidak timbul.

Nikah Mut’ah dan Zina
Menurut pandangan Ustaz Badli Shah Alauddin, konsep pernikahan sebegini amat mirip dengan zina. Tujuan perkahwinan adalah menghalalkan hubungan seks dengan jumlah mahar tertentu. Tempoh pernikahan pula berbeza-beza. Ada yang berlangsung selama setengah jam, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya, bersesuaian dengan akad perjanjian antara kedua-dua belah pihak.
Al-Kulaini (ulama rujukan mazhab Syiah) menulis dalam Furu’ al-Kafi : “ Adakah dibolehkan nikah mut’ah sesat atau dua saat (iaitu ukuran waktu yang singkat) ?”
Beliau menjawab : “Bukan sesaat atau dua saat kiraannya. Perjanjian mut’ahnya adalah sekali, dua kali, atau sehari atau dua hari, semalam atau dua malam bersetubuh dan seterusnya.”
Mut’ah lebih memfokuskan persoalan seksual semata-mata. Manakala Ahli Sunnah Wal Jamaah memfokuskan pernikahan kepada penggabungan dua orang insan yang berusaha membangunkan ikatan atau simpulan keluarga yang kukuh.
Pernikahan dipenuhi sinar kedamaian, saling cinta saling berkasih sayang dan bukan hanya faktor nafsu semata-mata.
Dimanakah maruah dan kehormatan wanita jika nikah mut’ah diamalkan ?
Hukum nikah mut’ah menurut ulama Ahli Sunnah wal Jamaah , khusunya dalam empat mazhab; Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki adalah haram dan tidak sah.  Dasar pengambilan hukum ini boleh dirujuk menerusi pelbagai kitab antaranya al-Umm karangan Imam Syafie, Fatwa Syar’iyyah karangan Syeikh Hussain Muhammad Makhluf, Rahmah al-Ummah, I’anah al-Talibin dan al-Mizan al-Kubra.

Nikah Mut’ah vs Nikah Sunni
Dalam apa-apa jua keadaam atau pandangan yang diberikan pihak luar mengenai hal pernikahan, lakukan pertimbangan dan perbandingan mengikut pendapat ulama Ahli Sunnah wal Jamaah bagi nikah mut’ah dan nikah sunni.

Perbandingan antara Nikah Mut’ah dan Nikah sunni
Nikah Mut’ah
Perkara
Nikah Sunni
Dibatasi oleh waktu ( mengikut perjanjian )
Tempoh pernikahan
Tiada batasan waktu
Berakhir secara automatik setelah tamat waktu yang ditentukan dalam akad atau fasakh.
Cara pengakhiran
Berakhir dengan talak atau kematian.
Tidak boleh saling mewarisi harta antara suami dan isteri.
Pewarisan harta
Boleh mewarisi harta suami dan isteri
Tidak terbatas
Jumlah isteri yang boleh dnikahi
Maksimum empat orang
Boleh dilaksanakan tanpa wali dan saksi
Wali dan saksi
Mesti dilaksanakan dengan wali dan saksi
Suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isteri
Nafkah
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri



Penyelesaiannya
Sekiranya berlaku masalah ini :
1.   Rujuklah terlebih dahulu kepada pelajar senior di tempat pengajian atau berhubung terus dengan para pegawai di kedutaan Malaysia, pihak MARA, atau pihak Malaysia Hall. Terutamanya jika berhadapan dengan kekeliruan terhadap isu-isu berkaitan keagamaan apabila berada di perantauan.
2.   Jika ingin mengawal gejolak nafsu, sibukkan diri dengan melakukan aktiviti jasmani. Kawal juga pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi aphrodisiac (bahan yang berfungsi meningkatkan perasaan ghairah).
3.   Memperbanyakkan ibadah terutamanya berpuasa. Sabda Nabi SAW , mafhumnya : “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu bernikah, maka dia hendaklah bernikah. Ia boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia akan menjadi perisai bagi dirinya” . (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4.   Jika ingin juga bernikah, lakukan secara terhormat dan bermaruah. Jangan bernikah dengan seseorang dengan niat untuk menceraikannya. Berkahwinlah dan jalanilah kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, selagi ada hayat.




Nikah Fasidah

Terdapat empat jenis nikah fasidah (tidak sah) yang disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah :


Nikah Sighar
- Tukar menukar anak perempuan atau adik beradik perempuan tanpa mahar


Nikah Mut’ah
- Nikah bertempoh sebagaimana yang dipersetujui dan disebut semasa akad , menikahi wanita yang dalam pinangan orang lain.

Nikah Muhallil
- Menikahi bekas isteri yang ditalak bain (sebelum dia bernikah lain)
 

Saturday, May 3, 2014

Mengenai lintasan tahi bintang / meteor yang dinyatakan dalam Al-Quran.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?' - Surah Ar-Rahman


Assalamualaikum wbt..

Saya nak berkongsi dengan antum semua, mengenai bukti kebenaran Al-Quran dan juga antara tanda kebesaran Allah SWT.

Kita selalu nampak ataupun pernah tengok dalam televisyen mahupun internet, mengenai fenomenan alam iaitu Lintasan Meteor ataupun lebih dikenali sebagai 'Tahi Bintang' kan ? Mungkin ada diantara antunna yang tak tahu bahawa Allah SWT telah berfirman mengenai kejadian ini. 

Segala ciptaan Allah SWT tidak sia-sia dan ada hikmahnya. Subhanallah !

Saya kongsi sikit apa yang saya jumpa. Kalau antum ada jumpa info ataupun firman Allah SWT ataupun potongan hadis berkaitan fenomena ini, apa kata antum kongsi ? Semoga bermanfaat InsyaAllah :D


Surah Al-Mulk , Ayat 5


“ Dan sungguh,telah Kami hiasi langit yang dekat, dengan bintang-bintang dan Kami jadikannya (bintang-bintang itu) sebagai alat-alat pelempar syaitan, dan kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menyala-nyala”

Surah Al-Jin, Ayat 8 & 9


“Dan sesungguhnya kami (jin) telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api. Dan sesungguhnya kami (jin) dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mencuri dengar (berita-beritanya). Tetapi sekarang siapa (mencuba) mencuri dengar (seperti itu) pasti akan menjumpai panah-panah api yang mengintai (untuk membakarnya)





Telaga Al-Kauthar




Kuliah Maghrib 24/3/14.
Talaqqi kitab : Hidayatus Salikhin.

Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tajuk : akhirat.

- umat Nabi Muhammad SAW akan dikenali di akhirat kelak oleh kerana wajah mereka yg bercahaya
- wajah mereka bercahay kerana berkat wudhu'
- orang yg tidak berwudhu akan merasa rugi di akhirat kelak
- air dari telaga Al-Kauthar hanya boleh diminum oleh2 orang2 yg beriman, manakala orang2 yg tidak beriman akan diusir oleh malaikat dan tidak dibenarkan utk minum air dari telaga ttrsebut dan akan dibiarkan kehausan.
- kuantiti air yg diminum bergantung kpd sebanyak mana ilmu yg mereka ada.
- banyak ilmu = banyak air yg boleh diminum
- sedikit ilmu = sedikit air yg boleh diminum
- golongan yg dilarang dari meminum air telaga Al-Kauthar :
*ahlul maksiat (orang2 yg melakukan maksiat
¤ mereka yg gemar melakukan maksiat (cth: couple,menipu, prgaulan bebas dsb.)
*ahlul bidaah ( orang2 yg suka melakukan bidaah dhololalah (yg tak elok))
¤ suka amalkan bidaah yg menyimpang dr sunnah dan ajaran Rasulullah SAW. (Cth: mandi safar(mandi tolak bala))
*ahlul zalim (orang2 zalim
¤ orang2 yg zalim dan orang2 yang bersama orang2 yg zalim
Ini sangat comel. ngee~

Akhlak Rasulullah SAW.

Akhlak Rasulullah

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur




Sumber : https://www.facebook.com/murabbisyeikh