Bismillahirrahmanirrahim..

" Tidak beriman (sempurna iman) seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya apa yang ia kasihi untuk dirinya "

Hadis Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, No. 13

Saturday, May 3, 2014

Pemalu ?



Malu.
Suatu sifat abstrak yang perlu ada dalam diri setiap muslim, tak kira muslimin ataupun muslimat.

Tapi, malu ni ada had batasannya.
Contohnya, dalam menuntut ilmu.

Kalau nak tuntut ilmu pun tak nak dan beri alasan kerana malu, maka kita akan kekal dalam kejahilan. 

Sebabnya ?

Dah tu, tak nak belajar, alasannya malu. Apa yang dapat ? Dapat rugi la.

Kalaulah baginda Rasulullah SAW malu dalam berdakwah, takkan sampai Islam pada kita, umat akhir zaman yang dah akhir tahap kritikal ni.

Kalaulah Saidatina Aisyah r.a malu nak sampaikan hadis2 tinggalan Rasulullah SAW pada para sahabat, agaknya sampai tak hadis pada kita sekarang ni ?

Rasulullah SAW mempunyai sifat pemalu yang jauh melebihi seorang wanita, namun baginda tidak malu untuk menyampaikan ilmu, menyampaikan dakwah dan berjihad.

Biar berpada-pada ye  Kalau tak nanti kita yang rugi.
Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Gunakan kata-kata yang berhikmah. DIA memerhati ^_^